Proton Perdana baru baru dilancarkan dan didatangkan dengan dua model iatu Varian 2.0 AT dan 2.4 AT.Harga 2.0AT-RM113,438 dan model 2.4 AT-RM138,438.Mari kita lihat apa yang menarik bagi kereta baru proton ini.

Proton Perdana baru ini dikenali sebagai projek Proton Perdana generasi kedua yang bermula dengan Perdana Accord yang hanya terhad diguna pakai sebagai kenderaan jabatan kerajaan Malaysia dan mengalami perubahan kosmetik yang amat sedikit kerana tertakluk kepada perjanjian dengan pihak pengeluar Honda.

Proton ada membuat sedikit penambah baikan kepada versi asal kereta ini untuk dikenali sebagai Proton Perdana:

Proton Perdana Baru Cyberjaya 2

-Lampu Projektor HID

-Lampu Belakang LED

_Ruang but kereta yang lebih luas berbanding versi asal

-Dua paparan skrin di papan pemuka(dashborad panel) * satu untuk GPS navigator

Model Proton Perdana baru ini sebenarnya diasaskan dari kereta Honda Accord 2007,walaupun ada pendapat yang mengatakan  teknologi yang digunakan agak  ketinggalan dan agak lama,namun sebenarnya masih lagi relevan dengan perkembangan terkini dan masih boleh bersaing dalam pasaran tempatan .

Jika anda berpeluang memandu uji atau test drive kereta baru Proton Perdana ini anda akan dapati feel dan handling bila memandu kereta Proton Perdana ini sama seperti anda memandu sebuah kereta Honda Accord versi yang diguna pakai oleh kereta ini dan tidak terdapat perbezaan bahkan lebih selesa dari segi aspek ruang kabin dan but kereta.

Proton Perdana baru sebagai pesaing terbaru dalam segmen D tempatan dan antara paling murah dari segi aspek harga.

*Honda Accord (latest model)-RM141,000

*Peugot 508 THP- bermula dari RM179,888

*Nissan Teana -RM141,271

*Mazda 6-bermula RM155,000

*Toyota Camri-bermula dari 154,900

*Suzuki Kizashi-RM148,888(dah xda stok)

*Untuk masa ini unit kereta baru Proton Perdana baru ini untuk dijual adalah terhad*

Untuk mereka yang ingin membuat tempahan dan sesi pandu uji kereta Proton Perdana baru ini anda boleh berhubung terus dengan pihak admin promosikereta.com untuk maklumat lanjut kerana bukan semua dealer yang boleh menerima booking kereta ini dan mempunyai unit kereta test drive untuk model ini.